
YES adalah inisiatif CSR (Corporate Social Responsibility) Shaklee untuk membantu rakyat Malaysia menjana pendapatan tanpa had. Sebelum ini, CSR Shaklee bertumpu kepada pemberian suplemen kepada masyarakat kurang berkemampuan. Amalan ini mendapat sambutan menggalakkan, tetapi malangnya, ianya kerapkali tidak berpanjangan. Justeru itu, program CSR Shaklee ditukarkan kepada program YES, yang bukan sahaja memberi peluang kepada nutrisi yang baik, tetapi lebih besar dari itu, memberi peluang pekerjaan dan menjana pendapatan.












