Wednesday, April 8, 2015

Bersabarlah Sayang | Momento 1


 
 

'Kadang-kadang Allah menyembunyikan mutiara yang indah di sebalik sebuah kotak yang terlihat kusam'.





Di saat cubaan datang bertubi-tubi, seorang Muslim diajarkan bagaimana mengurus hatinya sehingga hatinya tetap sabar dan yakin akan hadirnya sentuhan hangat tagan Sang Khaliq.

Di saat nikmat turun dari langit, seorang Muslim diajarkan bagaimana mengelola hati sehingga hatinya sentiasa bersyukur dan menepis jauh kemungkinan munculnya hasad dengki.


Allah ingin melihat hamba-Nya bercucuran air mata, bersimpuh di malam hari menghadap-Nya. Allah ingin melihat tegarnya dada hamba-Nya, bersabar dalam menerima cubaan dan ujian-Nya.


Allah ingin melihat senyum dan ucapan syukur keluar dari mulut hamba-Nya tatkala Allah merealisasikan doa hamba-hamba-Nya dan rencana terbaik-Nya.


Terkadang kita selalu berfikir, mengapa sering kali terjadi hal-hal yang tak sesuai dengan harapan kita. Plot cerita yang telah dirancang sebelumnya sering kali tidak berjalan lancar oleh kerana hadirnya hal-hal di luar kendalian kita. Pun begitu, di sebalik itulah letak nikmat daripada ujian-Nya.


Nauzubillah............

Begitu lah hati ini sedang menangis. Menangis kerana ujian Sang Pencipta. Suami disisi tak henti-henti mengusap kepala sambil berkata 'bersabarlah sayang'.

Kisahnya...............

27 February 2014,
Apabila kandungan sudah 3 bulan, sungguh aku tak larat untuk bangun meskipun untuk menyambut kepulangan suami. Aku hanya mampu untuk mengangkat kepala bila perut ingin memuntahkan segalanya.
Ya Allah, peritnya dugaan mengandung. Adakah ini yang dirasai Mama ketika mengandungkan aku? Allah, jadikanlah aku golongan yang sabar dalam 'membawa' zuriatku. Selama sebulan aku tak dapat kerja seperti biasa & terpaksa ambil Cuti Sakit di Hospital Ampang. Dan sebulan itu jugalah suami yang bersusah payah dalam mengendalikan Shaklee. Ambil barang dan pos barang. 

Ya Allah, sesungguhnya aku amat bersyukur kerana dikurniakan suami yang sangat memahami. Yang sentiasa menolong aku. Yang sentiasa menjaga hati aku.

28 February 2014
Berkat doa suami, apa yang aku inginkan akhirnya tercapai. Hampir setiap malam aku menyatakan pada suami, 'Abang, tolonglah ayang closing kali ni. Ayang nak Supervisor'. Alhamdulillah. Syukur Allah. Suami berjaya closing sebagai Supervisor!

25 Mac 2014,
Dalam perjalan balik dari Klinik, aku bercadang nak gunakan gaji sebagai modal untuk closing effective. Lalu aku minta suami keluarkan duit gaji dari CIMB. 

5 minit kemudian suami datang dalam keadaan tergesa-gesa. Suami cakap gaji tak masuk. Ya Allah, gaji lambat ke? Desus hati. Suami terus dail bahagian Khidmat Sokongan bertanyakan status gaji. Betapa terperanjat hati aku bila Admin kata gaji kena sekat atas sebab aku kemukakan MC tipu. Allah, ujian apakah ini. 

Petang itu, suami pergi ke opis aku. Jumpa ketua Sumber Manusia. Suami terus fight untuk status gaji aku. Manakan mungkin MC tipu sedangkan suamilah yang bawa aku ke klinik / hospital. Hati aku bertambah sedih bila Admin cakap gaji aku disekat selama 6bulan berterusan. Bermacam soalan yang mula timbul. Bagaimana aku nak jelaskan kereta? Bagaimana aku nak bagi adik adik aku belanja sekolah? Mama tak kerja. Aku anak yatim. Gaji suami bukan banyak. Air mata bergenang lagi.

Hanya doa yang mampu aku buat. Malam closing aku ajak suami buka car booth di kawasan Melawati. Alhamdulillah. Allah masih sayangkan aku. Dan aku berjaya closing dengan 3200guv! 

15 Oktober 2014,
Lagi beberapa lagi aku bakal menyambut kedatangan orang baru. Gaji masih belum dapat. Dah beribu kali suami naik turun HQ bertanyakan status gaji. Ada sahaja alasan mereka. Dari 6bulan kini dah masuk 8bulan. Sehinggakan aku bersuara pada suami. 'Tak apalah bang, sediakanlah yang mana perlu. Beli je dulu baju anak serba satu. Ayang tak payah cari bidan / tukang urut lagi. Nanti dah dapat bonus shaklee baru kita cari'. Aku nampak mata suami berkaca! Tika itu kami menumpang di rumah ibu suami memandangkan tuan rumah sewa sudah halau kami kerana tak dapat bayar secara konsisten. Kereta juga dah ditarik. Allah!

28 Oktober 2014,
Ketuban mula keluar sikit demi sikit. Tulang belakang mula terasa sakit. Nak beranak dah ke aku ni? Sambil usap perut aku bisik 'Sayang, jangan keluar lagi tau, Mama nak closing. Mama cuba closing awal ya sayang'. Bila aku dikejar ke hospital, aku langsung tak fikir diri. Apa yang terlintas ialah kalau baby keluar sebelum aku closing cukupkah bonus aku nanti? Allah saja yang tahu perasaan aku. Aku capai Kekasih hati Z1 Sony Experia dan Telegram kepada upline, Master Ummu Durrah & Master Farihah untuk sama sama berdoa aku effective Supervisor. Apa yang paling aku geram bila Master Farihah balas text aku

'Dah EFFECTIVE, hang mesej Kak Eha'.

Berdesup rasa hati. Nek Eha ni betul-betul maksudkannya ke? Dalam labour room aku masih lagi pulun sale. Aku minta suami pegangkan handset & aku cuma menaip balas PM customer memandangkan tangan kanan aku sudah dicucuk air. Allahuakbar. Perut makin mengeras. Dan aku sempat minta suami Telegram Master Farihah bahawa aku telah pun effective! Kemudian, doktor datang untuk check 'jalan'. Suami dipanggil untuk masuk ke labour room. Kata doktor kepala baby dah keluar. Allah, dalam hati....Sayang, kau betul dengar kata Mama ya. Terima kasih sayang! Alhamdulillah 11.59pm aku selamat melahirkan Muhammad Adam Darwisy. 

1 Disember 2014,
Aku berniat, jika bulan ini aku dimurahkan rezeki... Ingin aku buat akikah baby Adam. Bulan Disember adalah bulan semngat bagi aku. Aku pulun habis-habisan. Sehinggakan aku berjaya rank up sebagai Senior Supervisor denganRM5600. Ya Allah, aku hanya minta Rm2k tapi Engkau Maha Pemurah bagi aku RM5.6k. Bila dapat bonus, aku terus asing duit untuk akikah Adam. Selebihnya aku cari rumah lain dan bayar deposit. Alhamdulillah. Rezeki aku, penyewa rumah contact balik suami. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

28 Mac 2015,
Sudah setahun aku tidak bertanyakan status gaji. Apa yang pasti aku sudah berhenti kerja sebagai Penjawat Awam J29 di Jabatan Kerja Raya. Aku lebih selesa bergerak di rumah. Tak perlu pening kepala dan tak perlu ada perasaan marah. Pasal gaji? Biarlah mereka yang menjawabnya kelak. Aku juga lebih gembira sentiasa ada bersama Adam. Keperluan anak, rumah & keluarga semuanya lengkap. Kini income aku hampir RM6k sebulan. 






                              

Alhamdulillah. Syukur Allah. Engkau kurniakan aku satu semangat yang sangat kuat. Bila direnungkan balik, hebatnya ujianMu. Terima kasih pertemukan aku dengan Shaklee. Terima kasih untuk kemanisan ujianMu yang mungkin tidak akan ku lupa. Alhamdulillah.


Dengan Shaklee aku juga dapat keluarga, suami & baby Adam melancong! Indahnya Cameron Highland


'Boleh jadi kamu membenci sesuatu, pada hal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui'.

#shakleemomento
#s2uFamilies
#thebestHOMEbasedbiz





No comments:

Post a Comment

Untuk sebarang oder / pertanyaan boleh

✉ email di : aneng.hitchies@gmail.com
✉ PM di : www.facebook.com/anenghitchies
✉ Whatsapp : 0111 673 1847

Harap maklum :)