
Ramai wanita terlalu taksub tentang penjagaan wajah sehingga terlupa betapa pentingnya penjagaan bibir. Sebenarnya bibir juga merupakan aset yang paling berharga di muka seseorang kerana bibir yang sihat akan sentiasa lembab dan tidak kering. Bahkan bibir yang merah juga mampu menjadi daya penarik seseorang dan memberikan satu penampilan yang meyakinkan.