Sunday, July 26, 2015

Beraya Belah Suami


 
 
Lagi beberapa hari nak raya, baby Adam pulak demam panas ='(
dari pagi ke petang asyik merengek. Nak buat susu pon dia merengek suruh dukung. Alahai sayang sabar ya. Nanti kita pergi klinik ya..............

Tengahari tu badan baby Adam makin panas. Terus call suami suruh balik minta hantar p klinik. Bukan Aneng tak boleh bawa, tapi dok Rawang ni arah mana pon tak tau. Belom mahir lagi =,=

Bila check suhu, baby Adam demam 39'C.. Nak gugur rasa air mata bila tengok anak merengek rasa tak selesa. Dan doktor cucuk ubat kot buntut. Harap baby Adam tak de dah munah, cirit & demam.


Balik rumah terus tido. Sejak Adam demam dia selalu merengek nak tido atas dada. Suami cakap kalau Adam demam lagi beraya jelah kat KL. What! KL? Hoho. Tetiba terbayang sunyi sepi KL bila raya =(

Petang tu badan Adam dah semakin peluh. Dan Aneng tak henti bilas badan Adam dengan tuala basah yang direndam Basic H. Alhamdulillah.. Selang beberapa jam mula keluar bintik merak di muka Adam. Hati mula risau. Terus call Mama. Mama kata mungkin campak. Kalau nak tahu campak atau tak bagi minum air kelapa seteguk dua. Terus wasap suami suruh belikan air kelapa.

Makin lama makin banyak pulak yang keluar. Penuh satu badan! Aneng penah dengar kalau nak bagi cepat keluar mandikan dengan air kelapa. Tapi sebab KL ni susah beno nak cari kelapa Aneng bancuh aje Basic H shaklee. Setahu Aneng basic H dibuat dari minyak kelapa.


Alhamdulillah. Bintik merah makin kurang. Demam pon dah kurang. Muntah pon dah kurang. Syukur. Malam tu Adam tido awal. Mungkin penat melayan dek miang campak. Aneng terus masuk dapur buat wantan untuk bawa balik kampung esok.
*Orang lain bawa ketupat rendang, haku bawa balik Chinese food. HAHA. Nak buat cemana den tak reti masak Melayu 



* Wantan bersama sup ketam

 
Mudah saja nak buat wantan ni. Cuma amek masa bila nak lipat wantan


Resipi Wantan :

2 keping dada ayam
1 sudu kecik minyak bijan
1 biji telur kuning
daun bawang (ikut citarasa nak banyak mana) *Cincang
1 biji lada benggala (kuning sebab rasa lebih manis) *Cincang
lada sulah & garam secukup rasa

Cara buat :

1. Kisar ayam
2. Taruh bahan cincang dalam mangkuk ayam tadi
3. Taruh telur
4. Perasakan dengan lada sulah & garam
5. Lipat bersama kulit wantan

**Wantan ni boleh digoreng / direbus atau dikukus. Ikut citarasa masing masing


Resipi Sup ketam :

5 ekor ketam
1/2 tin jagung manis
1 sudu tepung jagung (ikut kepekatan)
5biji bawang merah
3biji bawang putih
1inc halia
Garam & sos tiram secukup rasa

Cara buat :

1. Rebus ketam
2. Asingkan kulit ketam. Ambil isi sahaja
3. Tumis bawang putih, merah & halia hingga naik bau
4. Taruh air rebusan ketam. Kalau air rebusan sikit, tambah air hingga mendidih
5. tauh jagung manis & isi ketam
6. Taruh tepung jagung yang dibancuh dengan air lain
7. Taruh sos tiram & garam secukup rasa.

Hampir jam 3pg baru siap lipat wantan. HAHA

No comments:

Post a Comment

Untuk sebarang oder / pertanyaan boleh

✉ email di : aneng.hitchies@gmail.com
✉ PM di : www.facebook.com/anenghitchies
✉ Whatsapp : 0111 673 1847

Harap maklum :)