Tuesday, July 28, 2015

Rumah Terbuka Mr. & Mrs. A | 25 Julai 2015


 
 
Alhamdulillah. Tercapai jugak buat open house. Sejak naik rumah baru tak pernah lagi buat makan makan memandangkan masa tu tengah sarat. Tak larat nak masak. Dah beranak pantang pulak :)

Suami lah yang dok 'paksa' suruh buat open house. Katanya kawan kawan tak pernah datag rumah. Alasan depa tak kenal rumah. Huh! 

Bila dipikir balik, ada baiknya buat majlis macam ni. Boleh kenal sapa kawan dia, sedara mara dia. Tapi satu ja masalah Aneng. TAK RETI MASAK! Semalaman dok goole apa lah nak masak. Tak kan nak jamu orang western pulak. Hari Raya Melayu tapi makanan Mat Salleh. Kang kena bar dengan mak mertua. Mak metua den garang tau! 

Lepas bincang dengan suami & google resipi akhirnya sepakat buat Mee Kari, Soto (ketupat & bihun). Dessert buat dadih & cocktail je. 

Malam tu terus cari bahan. Macam dadih tu boleh la buat 2-3 hari sebelumnya. Simpan je dalam peti takde lah basi.

Aneng guna jenis ni je. Senang nak bancuh. Lagi satu rasanya laaagiiiii creamy.. Yummmmyyyy!

Setel 100 bekas! Warna warni lagi 

Malam tu minta suami pasangkan lampu liplap. Bagi terasa bahang open house tu. HAHA. First time buat open house lah katakan.

TQ adik ipar sudi sumbangkan lampu liplap ketupat ni :)

Malam sebelum majlis, Aneng dah stat kupas bawang, buat sambal Mee Kari, tumbok kacang untuk soto, rebus ketupat. Si Suami pulak dok isi kuih raya dalam balang. Feel raya tu belom hilang lagi walau dah balik KL. Tapi sedih sebab baby Adam takde. Granny nak pinjam buat sementara. Terpaksalah tinggal seketika di kampung Terengganu :(



Malam tu sebelum tidur cas dulu nset. Senang esok nak Google resipi Mee Kari. Hew~ Hew~ Hew~

Esoknya, 25 Julai pagi pagi lagi suami dah kejut suruh standby masuk dapur. Katanya senang kalau tak menjadi boleh buat 2-3 kali. Rasa nak tumbok kiss je! Aneng minta suami pergi kedai carikan kerang, udang & ayam. Lalu ku belek lah google cari resipi mee kari yang simple! Terjumpalah blog ni. Mee kari nya memang mengancam! Tapi belum tentu lagi mee kari aku laguni rupanya :')


Dengan bersungguh & sehabis baik Aneng buat Mee Kari. Dan siap! Lagu mana rasa pon tak taulah. Kang rasa tak sedap di lidah mulalah nak tambah itu ini. Senang cita suruh ja tetamu rasa sendiri. Kalau tak habis maknanya tak sedap lah tu!

 Bila tetamu datang dan cuba Mee Kari Aneng buat tak tau ja. Segan den nak ngaku. HAHA. Bila isteri kawan suami tanya 'adik ke masak semua ni?' Terus Aneng jawab "Aah. Saya google je. Tak tau lah rasa apa. Tak cuba lagi. Ramai beno ang datang'. Padahal depa lah orang first yang datang. Heeee~ Dan dan kakak tu cakap 'Sedap. Pandai adik masak'. Dalam hati, akak ni perli ke apa. Bila dia minta resipi barulah Aneng rasa sedap hati sikit. Mungkin sedap lah tu kot. HAHA

**Warna Mee kari Aneng takde lah mengancam sangat :)

Jam 5ptg suami panggil masuk dapur katanya suruh tambah Mee Kari. What? Mee kari habis? Berbunga sat hati. HAHA. Sungguh tak sangka. Alhamdulillah. Rumah terbuka yang plan asalnya tutup jam 9pm tapi jam 1am baru tutup! 3x buat Mee Kari. Alhamdulillah Soto & Mee Kari licin!

Sebelum tidur suami bisik, mak dia pun puji Mee Kari aku. HAHA. Rasa nak tampo pipi gebu nih. Tak pecaya! Apa pun request suami setiap tahun wajib buat Mee Kari t___t



                                                                                           

No comments:

Post a Comment

Untuk sebarang oder / pertanyaan boleh

✉ email di : aneng.hitchies@gmail.com
✉ PM di : www.facebook.com/anenghitchies
✉ Whatsapp : 0111 673 1847

Harap maklum :)