7 Mac 2015
3am.............
Tujuan saya
dalam hidup adalah untuk berpegang pada diri sendiri walau apa pun yang
berlaku. Bukan kerana aku ingin mendongak ke langit. Dan bukan juga untuk aku
berjalan seorang diri.
Adakala kita perlu menjadi sombong kepada manusia yang sombong dan ada kalanya kita perlu mengalah biarpun kita yang benar.
Malam malam begini
bermacam yang mai datang bermain dalam otak kita. Lebih lebih lagi kalau layan
lagu jiwang dari sinar.fm bersama Dj Leen kan? HEHE.
Bila tengok Sijil Penganugerahan Supervisor & Senior Supervisor yang cantik di frame kan di dinding terasa diri masih di awangan. Benarkah aku sudah berjaya? Atau masih dalam mencari kejayaan?
Ya Allah,
Aku bersyukur sangat
dipertemu dengan SHAKLEE. Satu bisnes yang sangat mudah & sangat membantu
aku dalam masalah kewangan.
Bila teringat masalah kewangan, laju air mata aku gugur. Terasa nak tatap wajah suami puas puas. Terima kasih Allah. Engkau pinjamkan seseorang yang sangat baik kepada ku. Walaupun kami kadang kadang bertengkar tapi aku yakin dengan jodohMu Ya Allah.
Tahun lepas, February..........
Bulan kedua join
SHAKLEE.
Aku mengalami alahan yang sangat teruk. Sehinggakan langsung tak boleh nak angkat kepala. Jika sehari ada 24jam, maka 24jam lah akh terbaring di atas tilam empuk. Jika sebulan ada 30hari, maka 30hari lah aku tak mampu untuk bangun pergi kerja.
Setiap hari suami bawa ke klinik. Sampai merayu dengan doktor untuk masuk kan air kat dalam tubuh. Bila aku dapat MC, dia juga turut minta MC. Alasan nak jaga aku di rumah. HEHE
Bila imbau
balik pengorbanan suami sepanjang aku mengandung, memang baik. Saya bagi 5
bintang! Nak makan dia masak. Tengah tengah nalam nak nasi ayam dia cari. Nak
masuk toilet dia tolong pimpin & sinsing kaki seluar. Bila aku mirning
sickness dia sentiasa ada di sisi. **Sebak!
Sehinggalah
satu malam, aku nekad nak FOKUS shaklee & naik rank Supervisor. Setiap
malam aku minta izin dengan suami. 'Abang, bulan ni ayang tak larat nak pergi
kerja. Ayang hanya mampu berbisnes saja. Hanya baring dan guna jari pon
bolehhh. Walau macam mana pon, bulan ni ayang nak Supervisor jugak. % income
tinggi sikit. Ada lah sikit belanja nanti bila dapat bonus.
Perkara pertama
yang terlintas di kepala otak aku HANYA lah untuk suami. Sebab aku tahu suami
bukan lah bergaji besar. Dan aku juga masa tu adik adik masih belajar.
Dan.
Bermulalah dari bulan tersebut suami aku tak putus putus doakan aku. Semoga
rezeki bertambah baik. Allahuakbar! Terima kasih sayang. Dah la waktu tu abang
lah tukang masak. Abanglah tukang dobi. Abang juga lah tukang urut. Memang I'm
the KING lah!
Alhamdulillah
pada February 2014 aku closing sebagai SUPERVISOR. Tak terkata betapa
gembiranya hati. Dan morning sickness berlarutan sehingga April.
Pada bulan
April 2014....
Saat aku
diuji....................
Pada bulan
April, aku bercadang untuk rolling modal dengan menggunakan duit gaji. Aku
kerja sebagai Penolong jurutera Awam di Jabatan Kerja Raya. Satu satunya cara
mudah untuk aku COD nanti.
Petang, 25
April 2014.
Dalam
perjalanan ke branch Kuala Lumpur (di setapak pada waktu tu) aku mencari ATM
berdekatan. Dengan hati melonjak, dalam fikiran hanya fikir modal. Hati yang
diibarat macam musim berbunga bunga tiba tiba menjadi musim luruh! Baki akaun
anda RM24.35
Hati mula
gelisah. Kenapa tak dapat gaji. Kemana gaji aku. Hari ni 25hb kan? Hari ni gaji
kan? Macam macam persoalan terlintas. Terus aku call bahagian admin minta
pengesahan. Alangkah terkejut bila admin kata GAJI AKU DISEKAT KERANA BAGI MC
TIPU. Ya Allah! Air mata toksah kata. Mencurah curah keluar. Macam waterfall!
Aku paksa
suami pergi HQ tanya kan status gaji & MC. Hari berganti hari. Minggu
berganti minggu. Hampir sebulan suami aku ulang alik ke HQ. Tapi HQ menolak
mentah cerita & penjelasan suami ku. Bila tatap suami memang sedih. Sanggup
fight untuk hak isteri. Dan hati kecil ku terdetik. Adakah ini hikmah disebalik
SUPERVISOR aku? Rezeki di sini di sekat tapi rezeki di sana melimpah.
Allah tidak
membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala
kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang
dilakukannya…
( Al-Baqarah: 286)
( Al-Baqarah: 286)
ALLAH telah menyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran
bahawa DIA tidak akan sekali-kali menguji diluar kemampuan hambaNya.
ALLAH mengetahui kita kuat dalam menghadapi ujianNya, oleh kerana
itu ALLAH memberikan ujian itu ke atas diri kita.
Hari ini genap lah setahun gaji disekat. Aku bersyukur
dipertemu dengan SHAKLEE. Andai lah aku tak ada side income, selama setahun apa
nak makan. Macam macam aku pikir. Dengan nak bersalin lagi, banyak nak pakai
duit. Bidan, urut, jamu, mandian dsb. Semuanya pakai duit. Belum lagi kira
keperluan anak. Mulai dari itu lah aku sedar betapa pentingnya duit simpanan.
Serius aku cakap, makan gaji memang tak sempat nak buat simpanan. Allah.
Setahun aku
berSHAKLEE. Dan setahun juga lah aku merasa bonus 4angka. Lebih dari gaji
hakiki sebagai Penolong jurutera. Alhamdulillah. Bila renung wajah anak, aku
teringat bagaimana aku boleh effective sebagai SUPERVISOR dalam labour room.
Itulah pengalaman paling 'manis' dalam berSHAKLE
Jadi, anak
cucu SHAKLEEku....
Bila anda
mengalami dugaan, percayalah.. Akan ada sesuatu yang lebih baik dari itu di
sebaliknya. Jangan sesekali menyerah kalah.
Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi saya (Neng)
No comments:
Post a Comment
Untuk sebarang oder / pertanyaan boleh
✉ email di : aneng.hitchies@gmail.com
✉ PM di : www.facebook.com/anenghitchies
✉ Whatsapp : 0111 673 1847
Harap maklum :)