Tuesday, August 25, 2015

Kau Nak kahwin? Biar Betol !


 
 

Bila bercakap tentang cinta, aku selalu berundur satu langkah ke belakang. Aneng yang 'up to date' (lebih extreme suatu ketika dahulu) sangat kolot bila berbicara tentang CINTA.

Aku akui, pandangan aku sebagai seorang remaja yang hidup di era ini tentang cinta memang jauh ketinggalan. Aku masih kukuh dan kuat memegang prinsip 'bercinta selepeas kahwin'. 
Aku sangat gemar bersosial. Dari dahulu sehingga sekarang cuma mungkin sekarang aku lebih berjaga-jaga dalam batas pergaulan. Tetapi soal hati, aku asingkan. Mungkin aku juga punya ramai kawan lelaki sehinggakan lecturer-lecturer aku panggil aku 'Playgirl'. Tak kecuali juga mama yang fikir aku sedang ber-couple! Bagi aku itu hanyalah suka suki kawan tapi mesra biasa-biasa sahaja tiada yang lebih.

Aku pernah disoal oleh ibu ku, 'Aneng bila lagi nak naik pelamin macam Farah?'. Aku hanya diam membatu. 'In Shaa Allah bu. Kalau dah sampai jodoh saya, akan saya percepatkan hal gembira itu'.

Aku juga pernah diperli dan disoal bertubi-tubi oleh rakan-rakan.


"Kau mana tahu Aneng, kau pernah bercinta?".
 Oh, terasa sedikit kurang normal ya jika tidak pernah bercinta.
"Kau tak laku. Kau jual mahal sangat. Kau bajet hot habes la tuh?".


Berfikir sejenak. Mugkin ada kebenarannya. 


"Ah.. Biarkan aku tak laku daripada dimainkan oleh cinta macam kau! Kecewa. Menangis berhari bermalam. Makan tidak, minum tidak", balas aku tapi hanya didalam hati. Aku hanya melemparkan senyuman. Tidak ingin menambahkan lagi luka dihatinya. Tapi aku menambah jugak, sekadar untuk membuatnya berfikir.

Apabila kita berkenan atau dirisik oleh seseorang, kita perlu tahu tentang sikap atau karakter dirinya. Sebab itulah Rasulullah saw sendiri menyuruh kita bertaaruf. Sebelum itu, kita juga perlu buat check-list tentang karakter yang bagaimana kita mahukan (ingat, kita berkahwin dengan manusia, bukan malaikat). Jika ciri-ciri itu ada pada dirinya, zasss.. "yes i do" jelah. 

Tetapi awas, sebelum membuat apa-apa keputusan besar dalam hidup kita, istikarahlah kepada Allah terlebih dahulu. Pohon kepadaNya supaya keputusan yang bakal diambil adalah petunjuk dariNya, bukan atas hawa nafsu mahupun bisikan syaitan. Jika benar 'dia' untuk kita, jangan berhenti untuk memohon supaya Allah permudahkan jalan itu. In shaa Allah, dia maha Mendengar.

Timbul pula soalan "kalau tak mengenali, macam mana nak tahu serasi ke tak?". Tanya pula pada diri sendiri, "nak kahwin kerana apa? suka-suka? nafsu? Sebab orang lain kahwin jadi saya pun kena kahwin? atau kerana Allah?". Jika jawapannya adalah kerana Allah, inshaAllah rasa tanggungjawab dalam diri itu akan menserasikan kita. Sekali lagi perlu diingat, character dan chemistry, dua perkara yang berbeza. 

Dan sebab itu jugalah aku memilih dia. Meskipun kami hanya kenal dalam tempoh sebulan, in shaa Allah dia adalah yang terbaik bagiku.

Tempoh perkenalan yang lama diantara si dara dan si teruna juga bukanlah perkara 'wajib' sebelum ke jinjang pelamin. Tempoh 'berkenal-kenalan' yang lama hanya mengundang maksiat. Kononnya "Kena la kenal lama-lama dulu, baru boleh tahu sesuai ke tak". Dalam masa berkenal-kenal mesti la kena keluar dating-dating kan. Pastu nanti datang la kawan rapat kita, Incek Syaitan (bukan nama sebenar) join sekaki. Pastu ada la kes terlebih kenal sampai buang-buang anak (tahniah, kita berjaya membuat incek syaitan gembira). Mungkin kita takde la sampai buang-buang anak ni, pegang-pegang tangan je (tu pun maksiat jugak lerr). Tup tap tup tap, sebab terlalu kenal ter'clash' pulak. Dulu cakap nak tau sesuai ke tak, so kalau tak sesuai means boleh terima kenyataan la. Tapi ni tak, bila clash tu ada pulak la yang meraung, menangis 40 hari 40 malam tak dapat terima kenyataan (tahniah lagi sekali sebab incek syaitan sedang melompat-lompat keriangan).


Dan bila aku menyatakan aku ingin menikah. Ada juga persoalannya.


'Kau nak kawen??? Ye dok??'.
'Mana kau jumpa mamat tu???'.
'Serius ko nak kawen???'.


Aku juga sangat percaya yang keserasian sangat mudah dicapai apabila kita di bawah redha Allah. Proses mengenali juga lebih mudah, cepat dan telus selepas diijab qabulkan kerana kita berdua sudah berada di landasan yang betul. Proses mengenali (orang muda-mudi cakap 'mencari keserasian') sebelum berkahwin lebih menjurus kepada bisikan syaitan.


"Wahai Ali, ada tiga perkara janganlah di lewat-lewatkan. Yang pertama : Solat apabila telah masuk waktunya, yang kedua : Jenazah apabila telah hadir dan yang ketiga : anak dara apabila telah ada orang sekufu dengannya”

Kini aku bahagia dengan orang tersayang :) Lebiu Gedabak!

Salam sayang
Coordinator Aneng Hitchies | 0111 673 1847

No comments:

Post a Comment

Untuk sebarang oder / pertanyaan boleh

✉ email di : aneng.hitchies@gmail.com
✉ PM di : www.facebook.com/anenghitchies
✉ Whatsapp : 0111 673 1847

Harap maklum :)