Monday, September 14, 2015

6 Soalan Penting Sebelum Tulis Ayat Iklan Berpengaruh


 
 

     Anda berniaga di Facebook?
     Ada masalah nak tulis ayat iklan?

Artikel ini membantu anda untuk buat persediaan rapi, sebelum menulis ayat iklan berpengaruh tinggi.

Teruskan membaca jika anda punyai masalah di atas.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan kita pening & blur time nak susun ayat iklan berpengaruh:

   Tak ambil kisah siapa pelanggan kita. (market)
   Tak rancang apa yang nak disampaikan. (mesej)
   Tak tahu di mana mereka berada. (media)


Anda nak tahu?

Jika kita tertinggal salah satu poin di atas. Iklan kita ada harapan gagal on the spot.

Kita tak boleh lari daripada kegagalan, tapi kita boleh elak daripada terus gagal. <<< Falsafah … Hehe


So, macamana nak buat ayat power?
Power atau tidak sebuah ayat iklan, bergantung kepada cara kita faham & hadam 3 faktor di atas.

Namun kena ingat, hebat mana pun ayat iklan kita.
Ia tetap terikat dengan rezeki seseorang.

Tepat mana pun sasaran iklan kita. Kalau tidak diizin-Nya.
Tetap tidak dapat hasil.

Jadi kena seimbangkan, berusaha sudah. Tawakal tu kena lebih sikit. Faham ke tak faham? hehe 


Soalan 1# – Siapa pelanggan kita?
Tentukan siap-siap.
Lelaki ke perempuan? Umur? Tempat tinggal? Lepak dekat mana? Ada masalah apa? Ada sakit apa? Suka apa? Apa lifestyle dia? Siapa idola dia? Minat apa? Minat siapa?
          “Penting ke nak tahu semua benda ni? Apa relevannya untuk saya tahu?”

   Saya beri anda contoh; Ubat Kuat Untuk Tahan Lama.

Soalan pertama;

“Siapa yang nak beli ubat kuat?”

Sebelum profesional, kena rasional dahulu abang akak sekalian.

Sekali lagi; “Siapa yang nak beli ubat kuat?”

Adakah seorang wanita? Adakah yang berumur 18 tahun ke bawah? Adakah yang suka tengok kartun kanak-kanak? Adakah idola mereka power rangers atau boboiboy?

Cuba fikir secara rasional dulu.

Siapa yang patut beli ubat kuat ni?

Lelaki <<< Lelaki yang macamana?

Baru kahwin <<< Kenapa pilih laki baru kahwin?

Supaya nampak hebat ketika bersama <<< ….

Teruskan bertanya.

Kalau boleh, lukiskan orang lidi di atas sebuah kertas A4 & cuba tanya soalan-soalan saya di atas tu.

Nampak mudahkan? Tapi belum tentu mudah. Penting untuk ketahui keinginan mereka, sebelum kita buat apa sahaja ayat iklan.

Dah settle soalan pertama.



Soalan 2# – Apakah tujuan utama kita buat iklan ni?
Apa matlamat kita?

Jawab biar spesifik. Apa niat kita buat iklan ni? Nak bawa orang ke website? Nak jual terus? Nak dapat respon melalui SMS? Kita sendiri yang kena tentukan.

“Tujuan ini penting agar perjalanan iklan kita lebih bermakna.”

Sebagai contoh kita naik kereta. Sebelum kita start enjin, mesti kita tahu kita nak pergi mana. Betul?

Naik kereta nak pergi >>> Pasar.

Naik kereta nak pergi >>> Melancong.

Kalau tak tahu nak pergi mana, tak kan kita nak bazirkan minyak gitu je.Setuju?

Sama juga macam iklan. Jika tak ada tujuan, akan membazir begitu jer…

“Mesti ada sebab. kenapa orang tu beli produk kita.”


Soalan 3# – Apa mesej yang kita nak sampaikan?
Sekarang tujuan dah jelas.
Untuk capai tujuan tersebut, mesejnya juga kena jelas.
Tanpa mesej yang jelas, orang tak akan faham apa yang kita nak sampaikan. 

Mudah ke nak buat ni?

Saya tak cakap benda ni mudah, ia juga ambil masa untuk kuasai. Tapi ada sebab kenapa saya suruh anda belajar benda ni. Sangat menarik jika dah berjaya kuasainya …


Soalan 4# – Bagaimana cara kita nak sebarkan ayat iklan kita?
Iklan power, tapi orang tak baca. Tak guna juga …
Untuk menjawab persoalan ini, ia bergantung pada kemampuan kita. Berapa bajet kita untuk pemasaran? Selain itu, ia juga bergantung pada tempat pelanggan kita berkumpul & berborak-borak.
Ada syarikat besar guna surat khabar untuk sampai mesej mereka. Ada yang guna radio. Ada guna flyer. Ada yang gantung banner dekat tiang lampu. Ada guna blog/website.
Ramai juga yang guna Facebook sebagai alat untuk sampaikan mesej mereka.
Apa yang paling penting?
Mesej atau iklan kita ‘sampai’ kepada pelanggan yang nak produk kita. Maksud ‘Sampai’ di sini – Orang tahu kita ada jual produk/servis itu jika mereka inginkan.
Sebab dalam Facebook ni kita boleh upah  Mark Zuckerberg  tolong kita munculkan iklan dekat orang yang kita inginkan.
Menarik kan?
Kita boleh target siapa yang akan lihat iklan kita. Nanti Mark settlekan semuanya dengan bayaran yang sangat murah. (boost page)


Soalan 5# – Apa hasil yang kita nak?
Kita kena set target dahulu, baru undur ke petak permulaan.

Maksudnya macam ini.
goal

Kita nak jual 1000 pakej produk. Kita kena tentukan, berapa lama kita nak 1000 produk itu terjual.

1 minggu?

1 bulan?

1 tahun?


Sebelum kita buat iklan, kita kena tentukan hasil yang kita nak. Baru mudah hasil tu kita dapat.
  Contohnya;

“Aku nak jual 30can ESP dalam masa 15 hari”
Baru kita nampak;
“Sehari aku kena jual minimum 2can sahaja” 

Bagaimana jelas dah sekarang?
Ok dah selesai part ini, kita berpindah ke soalan yang terakhir …


Soalan 6# – Bila kita nak sebarkan iklan?
Barulah kita fikir …

Bila kita nak run iklan ini? Jam berapa? Pagi ke petang? Waktu cuti ke bekerja?
Lepas jawab salah satu soalan di atas, tanya pula ‘kenapa’.

day
“Kenapa aku pilih waktu itu? Kenapa aku tak pilih waktu lain? Apa tujuan aku run iklan waktu tersebut?”

Tujuan saya suruh tanya ‘kenapa’ ini adalah untuk kita jelas dengan keputusan yang kita ambil.

Contohnya kita bercadang nak run iklan pada pukul 2 petang.

Kenapa pukul 2 petang?

Contoh jawapan; “Sebab jam 2 petang orang baru naik ofis. Sebab waktu tu ramai orang online dalam pejabat.”

Ini contoh sahaja. Yang penting kita tahu, sebab apa kita ambil sesuatu keputusan.

Baiklah, dah tamat 6 soalan penting ni ..

Nak cepat berjaya. Kena ada ilmu & tindakan.
“Bertindak biar berilmu, berilmu jangan sampai tak bertindak”
Semoga artikel ini membantu menyelesaikan kecelaruan di minda anda semua. 

BACA ARTIKEL LAIN DI SINI

Salam sayang
Coordinator Aneng Hitchies | 0111 673 1847

Comments
2 Comments

2 comments:

  1. TQ kak ... kita ambil iktibar dari perkongsian akak ni... terimaksih akak :) sangat hargai ..

    ReplyDelete

Untuk sebarang oder / pertanyaan boleh

✉ email di : aneng.hitchies@gmail.com
✉ PM di : www.facebook.com/anenghitchies
✉ Whatsapp : 0111 673 1847

Harap maklum :)